Tuesday 3 June 2014

Pengakhiran dan Permulaan

Assalamualaikum

Betul kata orang, bercinta la bagai nak rak, bercinta la sampai bertahun-tahun sekali pun, tapi kalau bukan jodoh, tak kemana juga. Aku sebenarnya malas nak bercinta lama-lama, penat, penat dari pelbagai aspek, kalau boleh, kalau senang, nak nikah saja terus. Kalaulah semudah itu. Hakikatnya, sangat susah! Islam itu sendiri mengajak kepada perkahwinan muda, tetapi yang merumitkan, manusia itu sendiri. 

Mungkin bukan rezeki aku untuk nikah muda tapi apa pun aku mencuba, mencari penganti, yang boleh tutup ruang kosong dalam hati, yang boleh mendengar, yang boleh bergurau dan aku rasa aku dah jumpa. Mungkin juga belum jelas, dan tak perlu aku untuk gelabah bertanya. Biarlah kali ini, terus kepada nikah. Moga dipermudahkan segala urusan, moga dipercepatkan jodoh. Apa yang melucukan, aku tak nak mati sebelum bernikah, dan aku berdoa untuk ini..:)



will you accompany me dear? see the sky..count the stars?

Friday 30 May 2014

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum

okay, sekarang aku cuba berjinak-jinak dalam dunia blog. Motif? Ntah, aku pun tak tahu apa motif aku, mungkin masa aku nak follow dan jadi member blog #Keindahan itu dingin, milik Bahruddin Bekri. Jadi, post ni adalah post pertama daripada aku, tak jangka apa-apa cuma sekadar tempat menyalurkan rasa dari post ke facebook yang rata-rata akan memandang post dengan macam-macam rasa, ada baiknya aku postkan di sini.

Aku sangat menghormati guru, bagi aku, sekali bergelar guru tidak akan ada istilah mantan guru. Walaupun rasa benci kadang timbul, tapi aku masih menghormati dan rasa benci itu selalu hilang dalam masa yang aku sendiri tidak sedar. Pernah sewaktu di sekolah rendah aku dihentuk kepala ke meja berulang kali oleh guru bahasa melayu. Sebab? tidak dapat menjawab soalan yang baginya mudah, tapi tidak bagi aku waktu itu. Pernah juga aku ditampar di pipi oleh cikgu matematik, tersungkur! Aku cuma diam, nak menangis? semestinya! tapi aku tahan di depan kawan-kawan, malu, sebab aku tahu aku salah sebab tidak siapkan kerja sekolah. Tapi sekarang, semua tu kenangan. Ya, kenangan yang takkan dapat aku lupakan dan guru yang menampar aku itu adalah guru yang paling aku sayangi di sekolah rendah. Setiap kali pulang ke kedah, aku takkan lupa untuk melawat ke sekolah rendah lama dan cikgu itu masih mengajar di situ. Sudah hampir 14 tahun di situ, dan sekarang dia tidak lagi menampar muridnya. Kenapa? Murid sekarang tidak sama dengan murid di zaman aku. Perubahan masa.

Dua minggu lepas, sebelum aku pulang ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat sekolah menengah, aku sempatkan hasilkan satu doodle. Awal pagi 16 Mei, pagi Jumaat. Aku berjaga sampai ke imsak menghasilkan doodle untuk aku hadiahkan kepada guru aku tidak kira sama ada pensyarah, cikgu, ustaz mahupun ustazah.Tapi sayang, aku cuma sempat berikan kepada pensyarah yang mengajar aku di UTeM, itu pun tidak semua. Aku tertinggal semua salinan gambar di meja belajar. Agak sedih, tapi tak apa lah, dah terlepas.

Di Kedah, aku hanya sempat berjumpa dengan cikgu-cikgu untuk beberapa minit sahaja atas sebab mereka ada program Sambutan Hari Guru, aku tidak mahu menganggu. Tapi cukup sekadar bertemu muka, bertegur sapa sudah buatkan aku gembira. Aku terharu mendengar nasihat-nasihat daripada mereka seakan tahu aku tidak gembira belajar di tempat aku sekarang. Sedih, aku hanya sempat melawat sekolah menengah, tidak sekolah rendah yang mana memori aku lebih banyak di situ. Mungkin lain kali.

Selamat Hari Guru